Thursday, 4 October 2012

Dunia saya..

Assalamualaikum :) Kadang-kadang saya rasa dah hilang dalam dunia sendiri. Tanpa kawan-kawan. Hanya ada saya di satu dunia yang asing. Tanpa orang lain. Hanya saya duduk merapatkan kaki ke dada sambil memeluk lutut. Hanya memandang ke hadapan. Tiada perasaan. Memikirkan semua silap yang telah dilakukan. Kemudian baring di atas rumput yang terbentang cantik. Mengiringkan badan. Berfikir. Saya banyak sakitkan hati orang. Masih adakah percaya mereka pada kata-kata saya? Masih adakah kebenaran untuk saya? Saya mendongak ke langit. Sang Pencipta sedang memerhatikan saya. Segala perbuatan saya. Saya yang berjanji untuk berhijrah merapatkan diri kepada-Nya tapi hanya separuh jalan kemudian berpatah balik. Saya terlupa. Saya mungkir janji. Saya berdosa. Sangat berdosa. Saya sedang cuba untuk meneruskan perjalanan saya. Masih adakah bahagia yang menanti saya? Adakah lelaki yang setia menunggu saya? Masih adakah cinta daripada manusia untuk saya? Puas mendongak ke langit, saya berdiri. Berjalan mengikut rentak hati. Mengikut gerak kaki. Ya, saya ada Allah. Saya cuma perlu semangat. Semangat. Kerana sememangnya orang yang menganggap saya kuat, ternyata silap percaturan. Saya tidak kuat. Tapi saya yakinkan semua orang saya kuat sebab saya ada Allah. Kini saya akan cuba bangkit. Saya akan cari erti hidup sebenar. Ini sesuatu yang berat. Tapi di sini saya ucapkan dan akan tinggalkan apa yang sudah pun berlaku. Saya akan cuba tutup kisah perit dalam hidup saya. Peristiwa yang hanya akan menjadi sejarah hidup. Memulakan kisah yang baru. Hanya ada diri saya yang bangkit tanpa semangat daripada seorang pun sahabat mahupun ibu dan ayah. Teruskan kehidupan demi Allah. Hidup ini demi Allah. Hati ini juga demi Allah. Hanya kerana Allah. Bukan untuk sesiapa tetapi untuk Allah. Saya berhenti di sebuah kawasan. Terlihat kanak-kanak bermain dengan riang sekali. Berkejar-kejar antara satu sama lain. Tersenyum saya melihat telatah mereka. Saya berjalan lagi. Dunia ini penuh dengan kanak-kanak yang riang ketawa  dan bergembira. Mengusik sesama sendiri. Mereka masih belum mengenal erti sebenar sebuah kehidupan. Cabaran dalam hidup. Dan ketika itu mampukah mereka bergelak ketawa seperti hari ini? Kaki saya terhenti di hadapan sebuah rumah. Milik siapakah rumah ini? Tampak usang namun banyak tanaman subur yang ditanam di sekelilingnya. Keluar seorang nenek tua yang berseri wajahnya. Ya Allah aku rindu sangat terhadap nenekku. Mukanya mirip arwah nenekku. Dia memberi saya sepasang telekung, sehelai sejadah dan sebuah Al-Quran. Mengingatkan saya kepada janji yang telah saya ungkap terhadap Allah SWT. Saya mengukir sebuah senyuman ikhlas. Nenek itu menarik saya ke dalam pelukannya. Saya membalas. Erat. Saya mencium kedua belah pipi nenek tersebut. Mengalir air mata saat ini. Rindu yang tak tertanggung terhadap seorang insan yang bergelar nenek. Saya mengucapkan terima kasih dan mengucup tangan kanan nenek. Nenek mengusap kepala saya dan mengelap air mata yang mengalir di pipi saya. Dia mengangguk, tanda saya perlu pergi menyahut cabaran hidup. Saya melepaskan nenek perlahan-lahan. Berjalan meninggalkan nenek. Tanpa menoleh kerana saya tahu jika saya menoleh saya tak akan lepaskan nenek. Saya menuju semula ke kawasan rumput yang terbentang luas semasa mula saya sampai di tempat yang memberi ketenangan ini.  Saya berhenti. Tiba masanya untuk menyahut cabaran kehidupan. Tidak perlu berlari lagi. Demi Allah. Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Inna ma'alu biniat. Jika mempunyai niat baik Allah akan redha dan bantu kita. Dan saya kembali!! Kembali ke dunia yang penuh cabaran dan dugaan. Dunia yang sebenar dan dunia yang sementara. Sekian entri kali ini, Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment