Friday, 28 September 2012

Dugaan ini...

Assalamualaikum :) ya, saya mengaku saya ada crush saya yang tersendiri. Hah lagi la pulak dia ada gf. Saya keliru. Entah perasaan tu datang dengan sendiri. Saya tak ada niat nak rampas dia daripada gf dia. Ya mungkin saya desperate sangat. Hahahaha seorang je kawan saya sebut nama dia, terus saya balas apa yang kawan saya cakap. Dia Form 1. Kenapa susah sangat nak buang perasaan ni? Dugaan ini amat berat, Ya Allah. Aku tahu Kau bagi dugaan ini kerana Kau tahu aku boleh menempuhinya. Fuuhh sabar Iffah. Dia buat saya jadi macam bukan diri saya. Hyper sangat bila dia tegur saya. Dah macam gila bayang. Ya Allah, susahnya diri ini untuk berubah. Mulanya saya janji dah tak nak suka dia tapi bila jumpa dia perasaan tu... Aneh sangat. Rasa gembira. Entahlah. Kuatkanlah hatiku, Ya Allah. Akan ku cuba buang sedikit demi sedikit perasaan ni. Dia sebut 'Hai' je pun saya rasa macam nak bagitahu satu dunia. Parah kan? Bila dia senyum kat kawan saya dan tegur kawan saya, saya menangis. Adakah saya terlalu berharap? Hmm saya akan cuba sedaya upaya melawan perasaan tu. Walaupun rasa macam tak mungkin boleh, tapi saya tetap akan cuba. Saya tak pernah macam ni sebelum ni. Ada hikmah di sebalik semua ni. Ada hikmah di sebalik perasaan suka tu. Saya tak boleh pentingkan diri sendiri. Saya akan tetap mencuba walaupun tidak pasti sama ada saya akan tersungkur sekali lagi atau saya akan tabah menghadapi semua ni. Maafkan aku, Ya Allah. Diri ini terlalu leka dengan dunia. Terlalu sibuk mengejar cinta hamba-Mu. Terlupa mencari keredhaan-Mu, Ya Allah. Tabahkanlah hati ini. Kau buangkanlah perasaan ini, Ya Allah. Aku rela Kau hilangkan ingatanku tetapi ingatkanlah aku kepada keluargaku, saudara mara dan sahabat handai dan hilangkanlah ingatan ku mengenai semua tentang diri lelaki itu. Dan juga perasaanku padanya. Segala-galanya aku serahkan pada-Mu, Ya Allah. Aku pasrah. Aku redha. Saya. Akan. Cuba. Buang. Perasaan. Suka. Terhadap. Lelaki. Itu. Ya Allah, dugaan ini... sekian entri kali ini, Assalamualaikum.. Gadis solehah malunya mengatasi perawan, beraninya mengatasi pahlawan, cinta bukan pada gambaran, rindunya bukan pada pertemuan tetapi hatinya tersirat takwa keimanan.. "Segala yang baru, itulah titik permulaan sesuatu." 

Saturday, 22 September 2012

Peluang Ketiga...


Assalamualaikum awak yang sedang membaca ni :) peluang ketiga... ye saya telah diberi peluang ketiga, bukan daripada manusia tetapi daripada Allah. Saya hampir meninggal. Masatu hampir sangat dengan kematian. Mulanya saya dan saudara yang lain mandi di kolam yang paras leher. Kami gembira sangat. Tiba-tiba rasa nak pergi kolam sebelah yang lebih dalam dasarnya. Kononnya nak rasa tercabar sikit.Adik saudara saya pakai pelampung tangan, saya pegang kaki dia. Kami rancang nak berenang tak jauh sangat. Saya tak pandai berenang. Dia mula berenang tapi malangnya mungkin saya terlampau berat. Adik sedara saya pun masatu baru darjah 4 ke 5 lebih kurang. Dia tolak kaki dia kuat-kuat. Kami bergelut dalam air. Dia lemas jugak tapi dia sempat naik atas batu. Saya lemas. Saya takut sangat. Saya tolak kuat-kuat kaki yang dah sampai dasar kolam, timbul kepala saya kat atas permukaan air tapi tenggelam balik. Saya nak mintak tolong pon sempat cakap "To" je masa nak cakap "long" dah tenggelam. Adik sedara saya macam kaku atas batu tu. Dia tak minta tolong. Mungkin dia rasa trauma. Tiga kali saya tolak kaki dari dasar kolam. Kali ketiga saya dah tak larat, ni yang terakhir. Saya dah timbul di permukaan tapi hanya paras leher. Kepala saya mendongak. Nampak langit. Biru. Putih. SubhanAllah. Saya dah blank masatu. Ingat Allah je. Saya tak sempat bertaubat. Saya tak pakai tudung lagi, solat tak penuh. Saya harap sangat Allah bagi saya peluang untuk beribadat dan mendekatkan diri kepada-Nya. Banyak yang saya doa dalam hati. Buat kali terakhir, saya pasrah. Badan saya mula tenggelam perlahan-lahan. Saya lemah sangat. Tiba-tiba ada orang terjun selamatkan saya. Dia ialah kakak saudara saya. Saya dibawa naik ke atas. Kakak saudara saya memang tak bawak baju sebab ingat tak nak mandi, habis lencun baju dia. Saya pergi masuk kolam sebelah yang paras leher tu semula. Kepala saya masatu, Allah je yang tau sakitnya. Sakit yang amat. Rasa macam kena hentak dengan batu yang paling berat. Yang lain macam pelik dengan saya. Terima kasih bagi aku hidup lagi ya Allah. Peluang pertama hilang begitu sahaja. Patutnya saya perlu bersedia lebih awal sebab kematian tak menunggu kita. Saya cuba berubah. Tapi tak berkesan. Saya masih tak sedar diri. Yang kedua, saya hampir lagi dengan kematian. Saya nyaris-nyaris dilanggar. Kereta tu meluncur laju di jalan raya. Masa saya nak melintas, saya dengar bunyi hon. Bingit. Saya toleh sebelah kanan. Nampak satu kereta yang dipandu laju. Ibu dah macam nak jerit. Saya terkedu tengah jalan tu. Saya macam tak boleh nak gerak. Bila saya tersedar cepat-cepat saya lari melintas jalan. Peluang kedua juga telah disia-siakan. Dan kali ini saya dapat peluang ketiga. Peluang ketiga untuk mecari redha Illahi. Untuk mencari cinta Illahi. Alhamdulillah Allah masih beri saya peluang untuk bertaubat. Kini saya masih dalam proses berubah menjadi yang lebih baik. Syukur sangat. Sekian entri peluang ketiga, terima kasih sudi baca :) Assalamualaikum :)

Maafkan saya sahabat...


  Assalamualaikum :/ saya rasa sedih sangat.. Harini ada pertandingan drama untuk Bahasa Inggeris, kumpulan saya yang diketuai oleh Marsha dapat nombor 3. Mulanya macam tak percaya tapi mestilah gembira :) lepastu saya rasa takde perasaan, rasa kosong. Saya ucap Alhamdulillah muka pun gembira sangat tapi dalam hati saya tak rasa gembira jauh sekali sedih. Kawan yang lain semua excited sangat walaupun tempat ketiga daripada tujuh kumpulan. Saya sendiri tak tahu apa yang saya rasa. Namun tetap terukir senyuman kegembiraan di muka saya walaupun dalam hati kosong. Pada belah malamnya, saya on twitter ramai yang sedih, geram, tak puas hati dan macam-macam lagi. Saya sedih sangat tengok kawan baik saya Adib Zarhan sedih. Saya dah ucap terima kasih di sekolah sebab tolong mainkan lagu masa kumpulan saya tengah berlakon. Mungkin dia tak ingat. Dia anggap kami semua tak berterima kasih langsung. Dia cakap Faiz dengan Fatinah je yang berterima kasih. Adib ada cakap yang lain macam apa je. Waktu itu saya rasa dunia gelap sekejap. Saya menangis. Saya tahu saya salah. Saya tahu Adib terasa sangat dengan semua orang kecuali Faiz dan Fatinah. Saya dah minta maaf. Adib diam. Saya buntu. Saya perlukan kawan baik saya. Mungkin Adib tak pernah anggap saya kawan baik dia :) tak mengapa saya rela :) Saya tak pernah anggap Adib lebih dari seorang kawan, dia pun sama. Jadi tak salah kalau kami rapat sekalipun. Adib kalau kau baca entri ni, dengan sepenuh hati aku minta maaf aku tahu aku salah maafkan aku Adib. Aku ada lima orang je kawan baik dunia akhirat. Aku tak nak kau sakit hati atau pendam semua tu sendiri. Maafkan aku, aku tak prihatin pasal kau. Lepasni insyaAllah aku takkan ketepikan kau. Aku tak pernah anggap kau macam sampah Dib. Aku takde niat langsung nak gunakan kau Adib. Saya menyesal. Saya dah buat salah. Sakitkan hati sahabat dunia akhirat saya. Maafkan saya Adib. Maafkan aku ya Allah. Terlalu leka dengan kemenangan sehingga terlupa perasaan seorang sahabat yang menolong dengan ikhlas. Ya Allah, seandainya aku meninggal tanpa penerimaan sebuah kemaafan daripada seorang sahabat yang aku anggap seperti abangku sendiri kau lembutkanlah hatinya supaya senang rohku kelak. Mungkin dia akan cakap bukan saya yang tak berterima kasih dan kemudian dia akan senyum. Tak. Saya tetap dapat rasa yang saya pun telah melukakan hati dia. Adib seorang yang rahsia. Dia banyak tersenyum tapi saya dapat lihat perasaannya yang sebenar dalam hatinya. Dia misteri. Dia anggap kawan-kawan dia datang bila dia ada duit dan pergi bila dia tiada duit. Bila dia telangkup muka dia kat meja dalam kelas, saya datang dekat dengan dia. Saya tanya. Dia senyum dan jawab takde apa-apa. Dia tipu. Saya tahu dari pandangan matanya. Harith, Nadiyana, Wadhihah dan Khaliesah saya nak minta maaf jugak kalau ada terasa hati. Kamu semua kawan baik saya dunia akhirat :) Ya Allah, lembutkanlah hati mereka, amiinn.. Sekian entri kali ini, Assalamualaikum.. Saya sayang Adib, Harith, Nadiyana, Wadhihah dan Khaliesah.



Sunday, 16 September 2012

Setelah Saya Meninggal..

Assalamualaikum :) okay kali ni saya nak cerita apa yang saya hajatkan sebelum saya meninggalkan dunia ini..Yang pertama saya harap sangat dapat solat jemaah dengan keluarga saya, saya nak rasa ayah menjadi imam kepada ibu, abang dan saya. Kenapa susah sangat ayah nak tunaikan permintaan saya? Adakah ini dikira sebagai membuka aib ayah saya? Saya cuma mahu ayah menjadi imam. Satu kali pun jadilah. Saya tak mintak duit, saya tak mintak benda mahal. Hanya ayah sebagai imam? Berdosakah saya dengan permintaan ini? Keterlaluan kah permintaan saya ini? Lepas saya meninggal, ayah akan solatkan jenazah saya tapi masatu saya dah tak rasa apa-apa. Saya kaku. Hanya tinggal jasad. Saya telah kembali ke sisi Allah. Ayah, kalau ayah baca entri ni sebelum saya meninggal saya harap ayah tunaikan permintaan saya tapi kalau ayah baca entri ni lepas saya meninggal tidak mengapa, saya faham ayah tak yakin. Yang kedua, saya nak kawan-kawan saya dan ahli keluarga saya tak menitiskan air mata melihat jenazah saya yang kaku terbaring. Mustahil? Entahla.. Saya nak mereka membacakan yaasin untuk diri saya yang dah kembali ke rahmatullah. Jangan sedih, haha mana la diorang nak sedih kalau saya koma pun belum tentu semua kisah dan datang melawat saya kan? tidak mengapa saya faham mereka tak perlukan saya. Saya hanya layak dipergunakan bagi mereka. Yang ketiga, kepada abang saya. Saya harap abang tak sedih dengan pemergian saya. Okay ni lagi la pelik. Abang tak pernah kesah pasal saya. Haha mengarut permintaan saya, terlalu keterlaluan kot. Abang, adik nak abang tahu adik sayang abang selamanya adik minta maaf kalau abang menyesal dapat adik yang macam saya ni, abang pernah bagitau abang tak suka ada adik perempuan. Saya tahan perasaan. Saya cuba tersenyum. Kalau saya meninggal mungkin abang orang yang tak kesah sikit pun. Akhir sekali, saya harap kawan-kawan atau saudara yang lain datang melawat jenazah saya, tenangkan keluarga saya. Saya takkan tenang kalau tahu keluarga saya meratap hiba. Abang, ciumlah dahi adik. Walaupun ketika itu hanya jasad yang tinggal tapi tak mengapa saya tetap gembira. Seumur hidup abang tak pernah sudi cium saya jauh sekali mengusap kepala saya, ketika saya masih bayi sahaja abang sayangkan saya. Ibu dan ayah jaga diri adik dah tak boleh nak lap air mata ibu dah tak boleh nak tenangkan ayah :) minta maaf segala salah silap.. kepada kawan-kawan kenang saya dalam doa kalian :) sekian entri kali ini... Assalamualaikum, uhibbuka fillah..

Assalamualaikum..


Bismillahhirahmanirrahim...Kisah saya dulu seorang yang mementingkan duniawi. Dulu saya seorang yang bebas tapi saya pakai tudung ini hal bebas dalam berkawan. Saya rapat dengan lelaki berbanding perempuan. Entah kenapa saya lebih percaya lelaki daripada perempuan. Saya mempunyai raut wajah yang boleh dikira cantik, ya ciptaan Allah semuanya cantik termasuk awak yang membaca entri ni :) Saya diminati ramai lelaki. Saya enjoy. Rasa bangga diminati ramai. Setiap kali ada yang mintak nak jadi kekasih saya, saya terima. Terukkan saya? Saya tak faham erti cinta. Hanya suka. Mula saya suka seorang lelaki masa darjah 2 haha kecil lagi kan? Saya sendiri tak tahu kenapa ada perasaan suka kat dia. Nama dia? nama dia Amir Ashraf. Satu harini seorang kawan perempuan saya (darjah 2) tanya Amir, "Amir, awak suka siapa?" saya bengang then saya menyampuk "Apa ni Amir suka kita la" terus lepastu saya pusing kerusi pandang depan. Amir duduk belakang saya. Kawan saya tu duduk sebelah Amir. Ini berlaku sebelum ujian mula. Haritu pulak Amir kena pindah Johor. Masa balik saya nak salam Amir, minta maaf. Dengan pantas kawan perempuan saya tadi tolak tangan saya dia cakap dengan Amir jangan maafkan saya. Sedih. Besoknya Amir dah pindah. Ya Allah... Selepas daripada tu saya jadi bebas sangat. Setiap lelaki yang minat saya, saya terima. Kira playgirl la masatu. Lepas darjah 6, saya berazam NO MORE LOVE!! Tapi saya lemah Form 1 saya still ada kekasih tapi sorang lepas putus yang lain pulak. Tekad saya dilupakan. Masuk Form 2 saya sedar, saya banyak silap. Lalai dengan duniawi. Saya cuba ubah diri. Banyak cabaran. Saya mengaku saya ada lagi kekasih sampai dua orang. Saya cuba putuskan hubungan. Dia text saya tak balas. Saya biarkan. Yang lagi seorang tu saya dan dia macam kawan, guna "kau dan aku" tapi tadi dia call dia tergerak nak tanya "betul ke semua ni? (couple)" saya macam entah. Tak sampai hati. Tapi saya dah tak layan mereka berdua bagi saya dua-dua lelaki tu dah tak ada kaitan dalam diri saya. Saya berubah. Saya mencari cinta Allah. Saya sangat perlukan-Nya walaupun saya tahu Dia sentiasa bersama saya. Saya lalai dan leka. Saya perlukan sokongan sahabat-sahabat saya. Tapi mereka tak pernah ambil tahu pasal saya, kesian kan? Saya tak punya siapa-siapa yang sudi kongsi rasa hati dengan saya. Saya pendam semuanya seorang diri.. Saya masih ada Allah. Dia sahaja pendengar yang setia. Kini saya bergantung pada-Nya. Mencari keredhaan Allah. Mencari cinta Allah. Terima kasih sudi membaca kisah hidup saya :) saya hargai awak yang membaca ni walaupun awak tak boleh nak buat apa hanya berasa simpati :) Terima kasih yang tak terhingga.. Sampai di sini sahaja entri saya yang pertama ni. Assalamualaikum, uhibbuka fillah..