Saturday, 22 September 2012

Peluang Ketiga...


Assalamualaikum awak yang sedang membaca ni :) peluang ketiga... ye saya telah diberi peluang ketiga, bukan daripada manusia tetapi daripada Allah. Saya hampir meninggal. Masatu hampir sangat dengan kematian. Mulanya saya dan saudara yang lain mandi di kolam yang paras leher. Kami gembira sangat. Tiba-tiba rasa nak pergi kolam sebelah yang lebih dalam dasarnya. Kononnya nak rasa tercabar sikit.Adik saudara saya pakai pelampung tangan, saya pegang kaki dia. Kami rancang nak berenang tak jauh sangat. Saya tak pandai berenang. Dia mula berenang tapi malangnya mungkin saya terlampau berat. Adik sedara saya pun masatu baru darjah 4 ke 5 lebih kurang. Dia tolak kaki dia kuat-kuat. Kami bergelut dalam air. Dia lemas jugak tapi dia sempat naik atas batu. Saya lemas. Saya takut sangat. Saya tolak kuat-kuat kaki yang dah sampai dasar kolam, timbul kepala saya kat atas permukaan air tapi tenggelam balik. Saya nak mintak tolong pon sempat cakap "To" je masa nak cakap "long" dah tenggelam. Adik sedara saya macam kaku atas batu tu. Dia tak minta tolong. Mungkin dia rasa trauma. Tiga kali saya tolak kaki dari dasar kolam. Kali ketiga saya dah tak larat, ni yang terakhir. Saya dah timbul di permukaan tapi hanya paras leher. Kepala saya mendongak. Nampak langit. Biru. Putih. SubhanAllah. Saya dah blank masatu. Ingat Allah je. Saya tak sempat bertaubat. Saya tak pakai tudung lagi, solat tak penuh. Saya harap sangat Allah bagi saya peluang untuk beribadat dan mendekatkan diri kepada-Nya. Banyak yang saya doa dalam hati. Buat kali terakhir, saya pasrah. Badan saya mula tenggelam perlahan-lahan. Saya lemah sangat. Tiba-tiba ada orang terjun selamatkan saya. Dia ialah kakak saudara saya. Saya dibawa naik ke atas. Kakak saudara saya memang tak bawak baju sebab ingat tak nak mandi, habis lencun baju dia. Saya pergi masuk kolam sebelah yang paras leher tu semula. Kepala saya masatu, Allah je yang tau sakitnya. Sakit yang amat. Rasa macam kena hentak dengan batu yang paling berat. Yang lain macam pelik dengan saya. Terima kasih bagi aku hidup lagi ya Allah. Peluang pertama hilang begitu sahaja. Patutnya saya perlu bersedia lebih awal sebab kematian tak menunggu kita. Saya cuba berubah. Tapi tak berkesan. Saya masih tak sedar diri. Yang kedua, saya hampir lagi dengan kematian. Saya nyaris-nyaris dilanggar. Kereta tu meluncur laju di jalan raya. Masa saya nak melintas, saya dengar bunyi hon. Bingit. Saya toleh sebelah kanan. Nampak satu kereta yang dipandu laju. Ibu dah macam nak jerit. Saya terkedu tengah jalan tu. Saya macam tak boleh nak gerak. Bila saya tersedar cepat-cepat saya lari melintas jalan. Peluang kedua juga telah disia-siakan. Dan kali ini saya dapat peluang ketiga. Peluang ketiga untuk mecari redha Illahi. Untuk mencari cinta Illahi. Alhamdulillah Allah masih beri saya peluang untuk bertaubat. Kini saya masih dalam proses berubah menjadi yang lebih baik. Syukur sangat. Sekian entri peluang ketiga, terima kasih sudi baca :) Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment