Friday, 26 October 2012
Dia..
Assalamualaikum :) Dia dah jadi apa yang orang lain mahukan. Apa yang mereka mahu dia jadi? seorang yang gembira seperti sebelum ni dan seorang yang selalu gembirakan orang lain walaupun dia sendiri yang terluka. Satu je soalan dia, tiada seorang pun ke dalam dunia ni yang setia? menjadi sahabat yang ikhlas menasihati dan membantu dengan ikhlas. Bila dia ikhlas membantu kawan dia, pasti kawan dia salah anggap. Bila dia memberi nasihat, tiada sesiapa pun yang sudi mendengar nasihat dia. Bila dia memencilkan diri kerana rasa sakit yang tidak tertanggung lagi, ya memang ada ramai yang membantu dan memberi nasihat. Tetapi di mana keikhlasan mereka? Yang ada cuma rungutan, kepalsuan. Dia bangkit bukan kerana mereka. Dia bangkit kerana dia percaya Allah menyusun hidupnya dengan indah. Dia bangkit kerana dia percaya Allah sentiasa ada bila mereka menjaukan diri. Dia bangkit kerana dia tahu Allah tidak suka hamba-Nya yang berputus asa. Maka, dia meneruskan perjalanan hidupnya dengan permulaan yang baru. Melupakan luka yang lalu. Mengukir senyuman yang baru. Tidak lagi mudah berkecil hati. Menerima pendapat orang lain dengan hati yang terbuka. Hanya kerana dia punya Allah. Dia masih teguh berdiri kerana dia ada Allah. Dia perlukan Allah. Ketika dia berteleku di atas tikar sejadah, dia mengenang kembali dirinya yang dahulu. Menitis air matanya. Dia terlalu leka dengan duniawi. Dan pada saat Allah menjauhkan semua orang daripada dirinya, dia terfikir siapa yang ikhlas? siapa dia? di mana janjinya yang telah di ikrar di dalam doanya dahulu? mengapa semua ini terjadi? banyak persoalan timbul. Saat itu baru dia sedar betapa ruginya dia. Betapa hina dirinya. Air mata perlahan-lahan mengalir di pipi. Dia rasa dirinya amat bertuah. Allah masih sayangkan dia. Memberi hidayah kepada dirinya tanpa menghukum dirinya. Dia menangis lagi dan lagi. Perasaan bercampur baur. Dia malu. Malu dengan Allah. Dia telah memungkiri janji yang dibuat tetapi Allah tidak menghukum malah Allah memberi semula sinar di dalam hidupnya. Allah Maha Adil. Allah meniupkan semangat baru di dalam diri dia. Lalu dia bangkit untuk menggapai kebahagiaan yang sebenar. Dia perlu meneruskan kehidupan ini. Dia perlu mencari cinta sang Illahi. Dia akan cuba selagi yang termampu. Dan jika dia rebah sekali lagi, dia akan ingat yang dia masih belum menamatkan kisah hidupnya. Bila waktu makhluk bersayap datang kepadanya untuk menjalankan tugas, dia pasrah. Dia takut. Takut jika amalan kebaikannya tidak mencukupi untuk memasuki syurga dan bertemu dengan kekasih Allah juga Pencipta dirinya iaitu Allah SWT. Dia masih belum bersedia. Tetapi mati itu tidak menunggu. Dan apabila Allah berkata "Jadilah" maka jadilah ia sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah. Dia menunggu hari itu. Hari di mana orang yang benar-benar ikhlas menangisi dirinya. Berharap bahawa dirinya masih ada di samping mereka. Menggembirakan mereka seperti dahulu. Hari yang dia akan pergi buat selamanya. Maaf. Dia tidak boleh kembali untuk lap air mata mereka. Dia berpesan supaya mendoakan kesejahteraannya. Dia akan berada di alam yang lain. Tiada yang menemani. Dan tiada yang dapat menghalang takdir itu. Dia yang diceritakan adalah saya, Iffah Firzanah. Sekian, assalamualaikum.
Friday, 12 October 2012
Maafkan Diri Ini..
Assalamualaikum. Saya banyak menyusahkan orang sekeliling saya. Buat mereka rasa menyampah dengan saya. Saya minta maaf sangat. Saya tahu bukan saya seorang je yang ada masalah. Ya, saya hanya perbesarkan masalah yang kecil. Kenapa? Sebab saya nak tengok siapa yang kesah pasal saya. Cara saya salah. Saya tak sangka sahabat dunia akhirat saya sebenarnya terasa hati dengan saya. Dia penat. Penat dengan perangai saya. Saya minta maaf sangat. Lepasni kalau saya ada masalah saya takkan libatkan awak lagi. Saya akan pendam sendiri. Lebih baik saya yang sakit sendiri daripada melibatkan awak. Saya terlalu menjengkelkan. Saya sebenarnya tak layak ada kawan. Saya buat orang sekeliling rasa terbeban dengan diri saya. Saya cuma keliru. Betul ke saya tak layak berkawan? Saya cuma layak rapat dengan orang lain ketika saya gembira. Saya tak layak rapat dengan mereka jika saya ada masalah. Saya akan cuba. Cuba memendam semua ini sendiri. Dan saat saya rebah, saya takkan berharap lagi akan kehadiran siapa-siapa pon yang datang membantu. Biarlah. Jika ini yang membuatkan mereka selesa bersama dengan saya. Saya rela. Minta maaf kepada semua orang yang rapat dengan saya. Saya akan cuba menggembirakan awak semua walaupun dalam hati hanya Allah yang tahu derita saya. Jika saya punya penyakit yang membawa maut sekalipun, saya takkan beritahu kepada kawan-kawan. Saya tak nak mereka bersimpati terhadap saya. Ayat saya bukan untuk menagih simpati sesiapa sahaja yang membaca entri ini. Saya cuma meluahkan apa yang tersimpan kemas selama ini di dalam hati. Maaf sekali lagi. Sekian entri kali ini, Assalamualaikum.
Terima kasih Allah..
Assalamualaikum :) Seringkali diri ini lupa mengucapkan syukur. Kini saya bersyukur sangat. Saya sudah berhenti berharap kepada cinta manusia. Saya setia dengan cinta manusia. Saya terlupa mencari cinta sang Pencipta. Saya mengejar cinta yang tak pasti. Cinta yang hanya membuat saya leka dengan dunia indah yang palsu semata-mata. Saya dahagakan cinta manusia. Saya menarik perhatian lelaki ajnabi untuk menjadikan saya kekasih mereka. Allah hu akbar. Sunggu saya menyesal. Kenapa saya begitu bodoh mengejar cinta manusia? Tetapi saya sedar. Saya bukannya sesiapa untuk melawan takdir. Kini saya cuba untuk mencari sinar bahagia tanpa hadirnya cinta saya kepada manusia. Biarlah rasa cinta itu terkubur sementara saya masih belajar. Cinta Allah yang utama. Mencari redha Allah. Allah sentiasa bersama. Tidak pernah mengecewakan hamba-Nya. Dia selalu ada. Cuma kita yang sedar atau tidak. Mengapa hanya ketika waktu susah mahupun rebah baru ingat tentang wujudnya Dia? Mengapa tidak waktu senang mahupun teguh berdiri? Dunia ini hanyalah pinjaman dan tempat kita di uji dengan bermacam-macam dugaan hidup. Semua manusia tahu tetapi berapa ramai yang betul-betul memahami? saat kita teguh berdiri, adakah terlintas perkataan "alhamdulillah" ? Terima kasih Allah? Kadang-kadang kita sendiri terlupa, biasalah manusia mudah lupa tak terkecuali diri saya :) Saat menerima pujian kadangkala ada yang menafikan dirinya cantik. Bukankah sepatutnya dia mengucapkan alhamdulillah? Kecantikan mahupun kecacatan itu ujian yang diberi oleh Allah. Terima dengan hati yang ikhlas. Saya sendiri terlupa. Ya saya mengaku. Saya juga golongan yang begitu. Seringkali terlupa mengucapkan "Alhamdulillah" atas nikmat yang diberi oleh Allah. Saya manusia biasa. Kita manusia biasa. Hamba yang lemah. Yang kadangkala terleka dengan dunia yang sementara. Manusia yang kadang-kadang menyalahkan takdir. Yang terlupa akan Penciptanya. Tetapi Allah itu Maha Pengampun. Maha Pengasih. Maha Penyayang. Dia tidak pernah menguji hamba-Nya tanpa sebab. Ingatlah Allah sentiasa bersama dengan kita. Sentiasa memerhatikan kita. Sekian, Assalamualaikum.
Tuesday, 9 October 2012
Rintihan hati..
Assalamualaikum...Ke manakah hilangnya mereka? Saya terasa sangat. Sangat terasa merobek hati yang sedia terluka. Mereka cuba membina kebahagiaan di atas kesakitan saya sendiri. Mungkin. Bergembira bersama tanpa mengajak saya. Ya mungkin mereka penat dengan perangai saya. Setiap apa yang mereka update di twitter mengenai kegembiraan mereka bersama telah membuatkan saya tersisih. Membuatkan saya rasa diri ini tidak penting. Saya hanya memperbesarkan perkara yang kecil. Saya tahu mungkin mereka terlupa nak bagitau saya. Saya tak kesah. Tetapi adakah mereka pernah terfikir apakah perasaan mereka bila mereka ada di tempat saya? Adakah mereka masih boleh tersenyum? Ataupun mereka masih boleh ketawa? Saya menyeka air mata dengan menggunakan hujung jari. Sudah lama saya tidak menangis sehingga saya lupa bagaimana perasaan ketika menangis. Semangat dan kekuatan dalam diri semakin hilang. Kini saya betul-betul rebah. Saya hilang kawan-kawan. Saya tak punya seorang pun teman yang memahami. Mereka kata mereka mengambil berat pasal saya, tapi sekarang? Mereka tipu. Menaikkan semangat saya hanya dengan percakapan kosong. Tiada kejujuran. Hanya penipuan. Suatu kisah dongeng. Ergh. Kalau awak tak setuju dengan apa yang saya luahkan baca ni ... Ketika hati saya disakiti, ada ke sesiapa datang bertanya? Ketika saya keseorangan, ada ke sesiapa bertanya keadaan saya? Ketika saya menangis, ada ke yang benar-benar jujur memujuk? Ketika saya bergelak ketawa, ada ke yang tanya adakah saya benar-benar gembira? Ketika saya menyendiri, ada ke yang tanya mengapa dengan saya? .. ya, selama ni saya pendam benda ni seorang diri. Sekarang saya memang dah berputus-asa. Saya memang dah tak punya kawan yang menyokong saya. Saya kini keseorangan tercari-cari sinar kebahagiaan. Mencari erti bahagia. Hanya ada Allah bersama saya. Yang setia tanpa dusta. Yang tak pernah memberi harapan palsu dan yang memahami. Saya bersyukur saya masih ada Dia. Tidak perlu lagi rakan-rakan yang hanya ada ketika saya gembira. Yang datang dan pergi. Yang hanya melukakan hati yang sedia terluka. Saya yakin Allah mesti tak nak tengok saya putus asa. Jadi saya perlu mencuba untuk berdiri tanpa bantuan orang lain kecuali Allah. Dengan adanya Dia saya tak perlu rasa keseorangan lagi. Ketika selesai solat Zuhur, saya berteleku di atas hamparan sejadah. Saya memikirkan dosa yang tidak tertanggung. Mengetahui yang saya hilang arah tuju. Saya hanya hamba yang lemah. Masih dalam proses untuk berubah. Akhirnya hanya tangisan dapat meluahkannya. Saya penat. Penat dengan keadaan ini. Penat dengan semua orang. Berpura-pura mengambil tahu akan keadaan diri saya walaupun saya tahu mereka tak pernah peduli. Penat sangat dengan hati. Penat melukakan hati sendiri melihat kebahagiaan orang lain. Jika saya meninggal, tidak mungkin mereka ada masa melawat kubur saya. Jika saya nazak, tidak mungkin mereka melawat saya dan memberi kata-kata semangat yang jujur datang dari hati mereka sendiri. Tiada sesiapa pun peduli akan diri saya melainkan Allah. Maaf Nadiyana, saya bukan sesiapa yang boleh menggembirakan awak. Saya hanya handal dalam melibatkan awak dengan masalah saya. Saya bukan sahabat yang baik. Malah tidak layak untuk menjadi sahabat sesiapa pon. Saya tak kuat. Saya berserah kepada Allah. Saya redha dengan ujian yang diberikan oleh-Nya. Ya Allah... Kau dengar lah rintihan hatiku ya Allah... Sekian, Assalamualaikum
Saturday, 6 October 2012
Perit..
Assalamualaikum :) fuuhh saya cuba. Saya cuba untuk bangkit semula. Semua bagi semangat. Semalam saya sangat gembira tapi harini saya jatuh. Sekali lagi. Mana pergi mereka yang beri saya dorongan dan sokongan semalam? Saya gembira nak bercakap dengan diorang tapi saya menjadi halimunan sekali lagi. Saya... Ergh Adib, mana kau? Semalam saya dah okay sikit dah cuba untuk bangkit. Hazirah. Ye Hazirah dan saya dah berbaik semula. Dia juga bantu saya untuk meneruskan hidup. Nadiyana.. Dia lagi banyak memberi sokongan sampai dia rasa nak give up tapi dia tetap tak putus asa. Adib.. semangat yang dia bagi tu lagi kuat.. Terus saya bangkit dengan semangat yang mereka bagi. Adib ada masalah, rasanyalah. Mulanya saya gembira sangat tapi bila tahu Adib tengah sedih, saya pon rasa sedih. Tapi yang lagi sedih, nak tau? hahahaha lagi sedih dia tak cerita kat saya walaupun saya dah paksa. Saya teringat apa yang dia cakap " Perempuan tak pernah faham perasaan lelaki" salah ke saya mencuba? Haih, adib memang susah nak yakinkan dia.. Tapi dia baik, hensem? sikit la, yang setia dan pandai jaga hati orang lain.. Saya hantar Direct Message kat twitter dia.. Menyatakan yang saya akan cuba memahami dia, saya luahkan apa yang saya rasa tapi satu pon tak berbalas :') saya... Keliru. Dan harini takde seorang pun kawan saya yang saya rasa kehadiran mereka di sisi saya bukan macam semalam. Kenapa perlu tunggu saya putus asa baru nak datang? Kenapa? Saya tak nak tegur sebab saya rasa saya hanya akan libatkan diri mereka dengan masalah saya. Nak tau apa orang cakap? Saya hanya memperbesarkan masalah yang kecil. Nampak sangat saya akan lakukan apa sahaja untuk dapatkan perhatian orang ramai kan? Saya tak nak orang simpati kat saya. Saya tak perlu simpati mereka. Saya perlukan kehadiran teman yang tak berhenti mengingatkan saya. Dan ketika saya lemah, dia akan berdiri di sisi saya mengungkapkan kata-kata semangat. Sewaktu saya berjuang melawan kesakitan atau lebih kepada nazak dia akan duduk di sisi saya, menggenggam tangan saya mengingatkan saya tentang Allah, mengajar saya mengucap ataupun memberi semangat untuk saya melawan penyakit tersebut. Saya tahu takkan ada kawan saya yang macam tu. Kemungkinan besar ketika saya sakit terlantar di wad hospital takkan ada seorang pun kawan yang melawat hanya akan bagi semangat melalui telefon. Harapan saya tinggi sangat. Macamlah saya layak untuk dapat kawan yang macam tu. Semua orang anggap saya yang tak datang dan cerita masalah kepada mereka. Diorang tak pernah faham. Saya tak nak diorang anggap saya kawan yang bila ada masalah cari bila gembira lupakan. Saya tak nak diorang terlibat dengan masalah saya. Kan saya dah cakap niat saya selalu disalah ertikan. Haih. Ya, saya kalah lagi. Saya rebah sekali lagi. Mungkin semangat yang diberi hanya satu kepalsuan. Ya, palsu belaka. Perit sangat.. Saya akan cuba sekali lagi untuk bangkit. Kali ini tanpa semangat daripada sesiapa pon. Saya tahu itu mustahil. Tapi saya kena demi Allah. Saya dah janji dengan Allah. Semangat saya hanya daripada Dia. Tanpa semangat daripada sahabat. Biarlah derita ini Allah sahaja yang tahu. Tiada sakit hati. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Yang Memahami diriku selamanya. Sekian entri ini, Assalamualaikum :') Perit kan apabila menitiskan air mata tetapi cuba untuk tersenyum? Itulah saya selama ini di belakang semua orang..
Thursday, 4 October 2012
Dunia saya..
Assalamualaikum :) Kadang-kadang saya rasa dah hilang dalam dunia sendiri. Tanpa kawan-kawan. Hanya ada saya di satu dunia yang asing. Tanpa orang lain. Hanya saya duduk merapatkan kaki ke dada sambil memeluk lutut. Hanya memandang ke hadapan. Tiada perasaan. Memikirkan semua silap yang telah dilakukan. Kemudian baring di atas rumput yang terbentang cantik. Mengiringkan badan. Berfikir. Saya banyak sakitkan hati orang. Masih adakah percaya mereka pada kata-kata saya? Masih adakah kebenaran untuk saya? Saya mendongak ke langit. Sang Pencipta sedang memerhatikan saya. Segala perbuatan saya. Saya yang berjanji untuk berhijrah merapatkan diri kepada-Nya tapi hanya separuh jalan kemudian berpatah balik. Saya terlupa. Saya mungkir janji. Saya berdosa. Sangat berdosa. Saya sedang cuba untuk meneruskan perjalanan saya. Masih adakah bahagia yang menanti saya? Adakah lelaki yang setia menunggu saya? Masih adakah cinta daripada manusia untuk saya? Puas mendongak ke langit, saya berdiri. Berjalan mengikut rentak hati. Mengikut gerak kaki. Ya, saya ada Allah. Saya cuma perlu semangat. Semangat. Kerana sememangnya orang yang menganggap saya kuat, ternyata silap percaturan. Saya tidak kuat. Tapi saya yakinkan semua orang saya kuat sebab saya ada Allah. Kini saya akan cuba bangkit. Saya akan cari erti hidup sebenar. Ini sesuatu yang berat. Tapi di sini saya ucapkan dan akan tinggalkan apa yang sudah pun berlaku. Saya akan cuba tutup kisah perit dalam hidup saya. Peristiwa yang hanya akan menjadi sejarah hidup. Memulakan kisah yang baru. Hanya ada diri saya yang bangkit tanpa semangat daripada seorang pun sahabat mahupun ibu dan ayah. Teruskan kehidupan demi Allah. Hidup ini demi Allah. Hati ini juga demi Allah. Hanya kerana Allah. Bukan untuk sesiapa tetapi untuk Allah. Saya berhenti di sebuah kawasan. Terlihat kanak-kanak bermain dengan riang sekali. Berkejar-kejar antara satu sama lain. Tersenyum saya melihat telatah mereka. Saya berjalan lagi. Dunia ini penuh dengan kanak-kanak yang riang ketawa dan bergembira. Mengusik sesama sendiri. Mereka masih belum mengenal erti sebenar sebuah kehidupan. Cabaran dalam hidup. Dan ketika itu mampukah mereka bergelak ketawa seperti hari ini? Kaki saya terhenti di hadapan sebuah rumah. Milik siapakah rumah ini? Tampak usang namun banyak tanaman subur yang ditanam di sekelilingnya. Keluar seorang nenek tua yang berseri wajahnya. Ya Allah aku rindu sangat terhadap nenekku. Mukanya mirip arwah nenekku. Dia memberi saya sepasang telekung, sehelai sejadah dan sebuah Al-Quran. Mengingatkan saya kepada janji yang telah saya ungkap terhadap Allah SWT. Saya mengukir sebuah senyuman ikhlas. Nenek itu menarik saya ke dalam pelukannya. Saya membalas. Erat. Saya mencium kedua belah pipi nenek tersebut. Mengalir air mata saat ini. Rindu yang tak tertanggung terhadap seorang insan yang bergelar nenek. Saya mengucapkan terima kasih dan mengucup tangan kanan nenek. Nenek mengusap kepala saya dan mengelap air mata yang mengalir di pipi saya. Dia mengangguk, tanda saya perlu pergi menyahut cabaran hidup. Saya melepaskan nenek perlahan-lahan. Berjalan meninggalkan nenek. Tanpa menoleh kerana saya tahu jika saya menoleh saya tak akan lepaskan nenek. Saya menuju semula ke kawasan rumput yang terbentang luas semasa mula saya sampai di tempat yang memberi ketenangan ini. Saya berhenti. Tiba masanya untuk menyahut cabaran kehidupan. Tidak perlu berlari lagi. Demi Allah. Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Inna ma'alu biniat. Jika mempunyai niat baik Allah akan redha dan bantu kita. Dan saya kembali!! Kembali ke dunia yang penuh cabaran dan dugaan. Dunia yang sebenar dan dunia yang sementara. Sekian entri kali ini, Assalamualaikum :)
Saya ke yang bersalah?
Assalamualaikum :) lepas satu jadi satu lagi masalah datang.. Ya Allah dugaan ni lagi berat :) aku dah tak tertanggung lagi beban ni ya Allah.. Adib dan Hazirah bergaduh sebab saya, ya sebab saya. Hazirah cakap saya terlalu rapat dengan Adib. Saya mengaku saya rapat sangat dengan Adib. Kenapa niat baik saya selalu disalah erti? Kenapa? Saya dengan Adib niat kawan. Hahahaha mana ada orang percaya saya kan? mana mungkin perempuan dengan lelaki boleh rapat macam kami tanpa ada perasaan suka walaupun hanya datang seketika kan? Memang salah saya kan? ya saya mengaku. Maafkan saya Hazirah. Maafkan saya Adib. Saya tak fikir perasaan orang lain. "Kalau aku dengan dia dah tak rapat. Satu je aku cakap. Kau orang pertama aku salahkan" see? ni tweet Hazirah. Dia dah tak anggap saya kawan dia. Macam mana boleh jadi sampai macam ni? Ya Allah, bantulah aku.. Tolong jangan salahkan Hazirah. Dia tak salah. Dia betul. Saya yang tak sedar selama ni. Dan hari saya buat entri ni hari yang Hazirah tweet "Cerita dia sebenarnya nak salahkan aku. fine" . Tweet dia yang ini buat saya tergerak nak tulis entri ni. Saya memang dah tak tahan sangat. Tolong kembalikan semangat saya. Saya dah jatuh merudum. Jujur saya cakap saya kerap menangis sekarang ni. Depan orang tak, bila balik rumah saya kurung diri dalam bilik. Fikir harini saya ada buat salah tak dengan orang tertentu. Hampir setiap malam saya menangis. Saya rasa jauh sangat. Saya keseorangan. Takde siapa yang hulurkan tangan untuk capai saya kembali ke realiti. Saya dah jarang bercakap kat rumah. Mungkin Allah sayang saya sebab tu Dia nak uji saya dengan ujian yang berat macam ni. Saya tahu tu. Di saat saya memerlukan hanya seorang datang membantu, Nur Ameera Nadiyana. Orang yang paling saya sayang. Yang tahu semua masalah saya. Yang tahu bila saya menangis. Saya tak nak menyusahkan Adib dan Harith. Diorang mungkin sibuk. Maafkan saya kawan-kawan. Saya tak kuat. Saya lemas dengan segala masalah yang datang menimpa. Maafkan saya Hazirah dan Adib. Minta maaf sangat-sangat. Sekian entri kali ini, Assalamualaikum.. Ingat hargai lah kepercayaan yang telah diberi oleh seseorang jangan pernah mensia-siakan kepercayaan dia kepada kamu sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)