Friday, 26 October 2012

Dia..

Assalamualaikum :) Dia dah jadi apa yang orang lain mahukan. Apa yang mereka mahu dia jadi? seorang yang gembira seperti sebelum ni dan seorang yang selalu gembirakan orang lain walaupun dia sendiri yang terluka. Satu je soalan dia, tiada seorang pun ke dalam dunia ni yang setia? menjadi sahabat yang ikhlas menasihati dan membantu dengan ikhlas. Bila dia ikhlas membantu kawan dia, pasti kawan dia salah anggap. Bila dia memberi nasihat, tiada sesiapa pun yang sudi mendengar nasihat dia. Bila dia memencilkan diri kerana rasa sakit yang tidak tertanggung lagi, ya memang ada ramai yang membantu dan memberi nasihat. Tetapi di mana keikhlasan mereka? Yang ada cuma rungutan, kepalsuan. Dia bangkit bukan kerana mereka. Dia bangkit kerana dia percaya Allah menyusun hidupnya dengan indah. Dia bangkit kerana dia percaya Allah sentiasa ada bila mereka menjaukan diri. Dia bangkit kerana dia tahu Allah tidak suka hamba-Nya yang berputus asa. Maka, dia meneruskan perjalanan hidupnya dengan permulaan yang baru. Melupakan luka yang lalu. Mengukir senyuman yang baru. Tidak lagi mudah berkecil hati. Menerima pendapat orang lain dengan hati yang terbuka. Hanya kerana dia punya Allah. Dia masih teguh berdiri kerana dia ada Allah. Dia perlukan Allah. Ketika dia berteleku di atas tikar sejadah, dia mengenang kembali dirinya yang dahulu. Menitis air matanya. Dia terlalu leka dengan duniawi. Dan pada saat Allah menjauhkan semua orang daripada dirinya, dia terfikir siapa yang ikhlas? siapa dia? di mana janjinya yang telah di ikrar di dalam doanya dahulu? mengapa semua ini terjadi? banyak persoalan timbul. Saat itu baru dia sedar betapa ruginya dia. Betapa hina dirinya. Air mata perlahan-lahan mengalir di pipi. Dia rasa dirinya amat bertuah. Allah masih sayangkan dia. Memberi hidayah kepada dirinya tanpa menghukum dirinya. Dia menangis lagi dan lagi. Perasaan bercampur baur. Dia malu. Malu dengan Allah. Dia telah memungkiri janji yang dibuat tetapi Allah tidak menghukum malah Allah memberi semula sinar di dalam hidupnya. Allah Maha Adil. Allah meniupkan semangat baru di dalam diri dia. Lalu dia bangkit untuk menggapai kebahagiaan yang sebenar. Dia perlu meneruskan kehidupan ini. Dia perlu mencari cinta sang Illahi. Dia akan cuba selagi yang termampu. Dan jika dia rebah sekali lagi, dia akan ingat yang dia masih belum menamatkan kisah hidupnya. Bila waktu makhluk bersayap datang kepadanya untuk menjalankan tugas, dia pasrah. Dia takut. Takut jika amalan kebaikannya tidak mencukupi untuk memasuki syurga dan bertemu dengan kekasih Allah juga Pencipta dirinya iaitu Allah SWT. Dia masih belum bersedia. Tetapi mati itu tidak menunggu. Dan apabila Allah berkata "Jadilah" maka jadilah ia sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah. Dia menunggu hari itu. Hari di mana orang yang benar-benar ikhlas menangisi dirinya. Berharap bahawa dirinya masih ada di samping mereka. Menggembirakan mereka seperti dahulu. Hari yang dia akan pergi buat selamanya. Maaf. Dia tidak boleh kembali untuk lap air mata mereka. Dia berpesan supaya mendoakan kesejahteraannya. Dia akan berada di alam yang lain. Tiada yang menemani. Dan tiada yang dapat menghalang takdir itu. Dia yang diceritakan adalah saya, Iffah Firzanah. Sekian, assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment